KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
- Mendisiplinkan pelajar ke arah melahirkan pekerja yang berdisiplin setelah pelajar tamat pengajian di Politeknik. Ini kerana pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan organisasi tempat menjalani Latihan Industri.
- Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Ini kerana dengan mengikuti Latihan Industri di organisasi tertentu pelajar akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekrja yang berkemahiran.
- Pelajar yang mengikuti Latihan Industri akan lebih matang dalam menjalankan sesuatu kerja kerana telah diberi pendedahan.
- Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pengajian setelah mengikuti pelajaran secara amali.