minggu keempat.
Assalamualaikum w.b.t
Pada minggu ke 4 latihan industri saya telah melakukan kerja-kerja melebel fail dan rak-rak di Unit Pentadbiran Am untuk pengauditan Amalan 5S. Saya juga diberikan tugas untuk menyemak dan menulis nama pada sampul surat untuk penyerahan elaun bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya juga telah melakukan kerja mengimbas resit barang dan menghantar email kepada pembekal. Selain itu juga saya memasukan data kehadiran Membudayakan al-Quran kakitangan MPBP bagi bulan Jun. Saya dapat mengetahui cara penggunaan mesin pengimbas, bagi sebarang dokumen atau resit yang hendak di hantar melalui email mestilah diimbas menggunakan mesin pengimbas.