minggu kesembilan.
Assalamualaikum w.b.t
Oleh kerana cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada 8 Ogos sehingga 13 Ogos, tidak banyak kerja yang saya lakukan. Saya hanya diberikan tugas untuk membuat ringkasan sebut harga 'toner' mesin pencetak yang digunakan di Majlis Perbandaran Batu Pahat ini. Pada minggu ini saya dapat mengetahui cara membuat sebut harga untuk kelengkapan pejabat. Sebut harga inin dapat memudahkan proses berurusan dengan para pembekal dan memudahkan untuk membuat pembentangan kelengkapan pejabat pada tahun akan datang.