minggu kesebelas.
Assalamualaikum w.b.t
Minggu yang kesebelas ini saya telah merekod borang terimaan untuk disimpan. Saya juga telah mengisi rekod transaksi barang-barang stok ke dalam rekod tahunan stok. Semua pelajar-pelajar praktikal di Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diberikan tugas untuk menghasilkan sepanduk untuk Hari Kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku". Kami diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan sepanduk tersebut. Kami juga telah diwajibkan untuk menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke 56 di Dataran Batu Pahat pada 31 Ogos.
Sekitar sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Batu Pahat