MINGGU KELAPAN.
Assalamualaikum w.b.t
Minggu kelapan ini saya telah melakukan tugas pengurusan stor iaitu merekod borang terimaan barang daripada pembekal untuk disimpan ke dalam fail. Selain itu saya juga melakukan tugas memfotostat pelbagai borang untuk Jabatan Khidmat Pengurusan selain melakukan kerja meracik kertas yang sudah tidak digunakan lagi untuk dikitar semula.
Pada minggu ini saya dapat menegatahui cara menguruskan stok kelengkapan pejabat. Setiap keluar masuk atau transaksi barang perlulah disemak dan direkod untuk mengetahui kuantiti barang yang dihantar. Saya juga dapat mengetahui cara melupuskan kertas yang tidak boleh diguna semula menggunakan mesin peracik kertas. Dokumen-dokumen sulit yang tidak diperlukan lagi mestilah dilupuskan dengan cara diracik supaya maklumat yang ada pada dokumen tersebut dicuri dan disalah guna. Penggunaan mesin fotostat yang betul memudahkan kerja dan dapat mengelakkan pembaziran kertas.