minggu pertama.
Assalamualaikum w.b.t
Pada hari pertama bekerja semua pelajar praktikal telah diberi penerangan mengenai masa bekerja, tatacara berpakaian dan sebaginya. Tugas pertama yang saya lakukan di sini ialah menyusun borang penyata cuti tahunan kakitangan, menyusun dan menyimpan laporan harian pengawal keselamatan bertugas, selain mengira rekod kedatangan kakitangan MPBP bagi bulan Mei. Untuk pengurusan stok pula saya merekod borang terimaan barang yang dipesan dari pembekal kedalam borang (KEW PS-1). Saya juga telas diberi tugas untuk menukarkan Doa Mesyurat Penuh Bulanan MPBP kepada tulisan jawi.
Saya dapat mengetahui etika semasa bertugas di pejabat kerajaan, mengetahui cara cuti dan kehadiran dikira melalui semakan ‘thumb-print’. Selain itu saya dapat mengetahui bagaimana cara mereka merekod dan menyimpan maklumat pembelian barang dan sebarang maklumat lainnya bagi memudahkan urusan menyemak atau mencari maklumat bila diperlukan.