minggu ketiga belas.
Assalamualaikum w.b.t
Minggu ketiga belas saya telah mengira laporan kedatangan bagi bulan Ogos kakitangan Majlis Perbandaran Batu Pahat ini. Tugas yang lain ialah saya telah menyemak dan menulis jawatan bagi setiap kakitangan MPBP yang nama mereka tersenarai untuk diberikan notis melakukan kesalahan datang lewat dan tidak 'thumb-print' waktu balik yang melebihi empat (4) hari dalam masa tiga bulan berturut-turut. Selain itu saya melakukan kerja merekod borang terimaan barang-barang stok (KEW.PS - 1) dan memfotostat kertas.
Pada minggu ini saya dapat mengetahui cara menyemak dan merekod kehadiran bertugas yang mana ia perlu disemak berdasarkan 'thumb-print'. Setiap kehadiran mestilah dikira dan direkod dengan betul untuk pembayaran gaji. Saya dapat mengetahui cara merekod borang terimaan barang dan mengira jumlah harga bagi setiap barang yang dipesan daripada pembekal. Jumlah barang yang diterima mestilah sama dengan borang terimaa barang untuk memudahkan pembayaran kepada pembekal