MINGGU KEENAM.
Assalamualaikum w.b.t
Pada minggu keenam ini saya telah menyusun laporan tugasan harian pengawal keselamatan untuk disimpan bagi memudahkan semakan sekiranya berlaku sebarang masalah. Saya juga membuat semakan borang tuntutan elaun perjalanan Pilihan Raya untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Setiap permohonan ini perlulah lengkap dan mendapat pengesahan untuk diluluskan. Selain itu, saya merekod borang terimaan barang-barang stor daripada pembekal untuk disimpan ke dalam fail.
Borang tuntutan elaun perjalanan petugas pilihan raya yang telah disemak dan disahkan
Pada minggu ini saya dapat mengetahui cara mengemaskini dan menyimpan laporan tugasan harian pengawal keselamatan selain mengetahui maklumat apa yang perlu dicatat di dalam borang tersebut. Saya juga dapat mengetahui butiran-butiran dan pengesahan yang diperlukan untuk tuntutan yang dibuat kepada SPR.