minggu kedua belas.
Assalamualaikum w.b.t
Minggu kedua belas latihan Industri saya melakukan kerja mengira jumlah harga transaksi barang-barang stok, membuat laporan tidak hadir bertugas bagi bulan Mei hingga Julai kakitangan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Selain itu saya juga telah membuat daftar pengeluaran kompaun harian Jabatan Penguatkuasa Dan Pelesenan. Saya dapat mengetahui format surat dan notis tidak hadir bekerja yang akan dikeluarkan. Format surat dan notis mestilah betul dan mengikut surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Saya juga dpat mengetahui format borang daftar pengeluaran kompaun. Butiran-butiran penting di dalam borang daftar pengeluaran kompaun mestilah direkod dengan betul dan jelas.