minggu kelima.
Assalamualaikum w.b.t
Minggu ke 5 menjalani latihan industri saya diberi tugasan mengira laporan kedatangan bulan Jun bagi setiap jabatan dan mengira jumlah harga barang-barang stok yang diterima daripada pembekal. Melalui setiap tugasan yang telah diberikan, saya dapat mengetahui cara mengira dan merekod laporan kedatangan setiap kakitangan MPBP. Selain itu juga saya dapat mengetahui cara mengira dan merekod borang terimaan barang yang dipesan daripada pembekal.
Setiap kedatangan kakitangan perlulah direkod setiap bulan untuk mengetahui prestasi mereka bekerja, dan sebarang resit barang yang diterima daripada pembekal perlulah disemak dan disimpan untuk tujuan rujukan sekiranya berlaku kesilapan.