mINGGU KETUJUH.
Assalamualaikum w.b.t
Pada minggu ini saya telah membuat ringkasan sebut harga cenderamata daripada 2 buah syarikat pembekal untuk memudahkan kerja berurusan dengan pembekal. Saya juga telah mengikuti lawatan ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) untuk melihat sistem cuti dan kursus yang mereka guna pakai di sana. Sistem seperti ini dapat mengurangkan penggunaan kertas dan memudahkan proses permohonan, pengesahan dan merekod kehadiran. Saya juga mengfaks surat tempahan barang kepada pembekal alat tulis.
Saya dapat mengetahui cara atau format untuk membuat sebut harga barangan dan mengetahui cara pengunaan mesin faks. Saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sistem kursus dan cuti, dan cara membuat permohonan cuti dan pengesahan cuti yang dilaksanakan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).